PETALING JAYA – Keadaan trafik di bandar Kota Bharu, Kelantan dilaporkan sesak teruk sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna bernama Ray, deretan kenderaan yang panjang dapat dilihat di beberapa jalan utama di negeri itu.
“Semua dah balik ke, sesak teruk ni,” tulis Ray dalam hantaran tersebut.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman yang sama mengenai kesesakan jalan raya di Kelantan.
“Kelantan memang terkenal dengan keadaan jalan raya yang sesak, terutama ketika musim perayaan. Setiap kali perayaan, semua akan balik ke Kelantan,” ujar Jaja.
“Hari biasa pun kadang-kadang sesak, apatah lagi ketika cuti panjang. Kalau musim perayaan, memang sukar untuk bergerak,” komen Kucingkembung.
“Setiap kali cuti sekolah atau perayaan, kami yang menetap di Kelantan lebih selesa duduk di rumah untuk mengelakkan kesesakan. Biasanya, kami akan memastikan bekalan makanan mencukupi sebelum keadaan sesak berlaku,” kata Zahirahaaisyah.
“Keadaan macam ni lumrah bagi rakyat Kelantan. Setiap kali perayaan, ramai perantau akan pulang menyambut bersama keluarga. Walaupun sesak, saya bangga menjadi anak jati Kelantan,” tambah Lunara. – KOSMO! ONLINE
@iamray_001 Kelik blako doh ko ter, jem paraks ni 😌 #kelantan ♬ original sound – afiffsola