fbpx

[VIDEO] Kuda gigit telinga anak ketika mahu bergambar – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuping telinga kanak-kanak lelaki autistik yang digigit kuda dalam kejadian berlaku di sebuah ladang agro di Pantai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN – “Kuda itu terus menggigit telinga anak sebelum kepalanya terhantuk pada besi.”

Demikian kata Suhaimi Mohd. Rafi, 31, bapa kepada kanak-kanak autistik yang menjadi mangsa selepas digigit seekor kuda ketika bercuti bersama keluarga di sebuah ladang agro yang terletak di Pantai dekat sini, baru-baru ini.

Kata Suhaimi, insiden itu turut menyebabkan kepala anaknya terkena pada besi menyebabkan kecederaan, manakala cuping telinga kirinya terputus.

Menceritakan semula kejadian pada 19 Januari lalu, katanya, dia bersama isteri dan anak dari Kemaman, Terengganu ingin bercuti ke Seremban selepas selesai urusan di ibu negara.

“Sampai di ladang agro itu, anak lelakinya berusia enam tahun itu begitu teruja untuk bergambar melihat dan bergambar dengan kuda terdapat di situ.

“Penjaga kuda kemudiannya memaklumkan ia boleh ditunggang dengan bayaran tiket. Sebaik selesai, penjaga kandang memanggil kami untuk bergambar dalam kawasan berpagar tempat menunggang.

“Anak yang teruja mendekati kawasan kandang di kawasan berpagar itu dan minta saya mengambil gambar serta video. Secara tiba-tiba seekor kuda yang berada dekat dengannya menggigit telinga anak,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Dalam keadaan panik, katanya dia terus membawa anak ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan pada malam itu sebelum selesai kira-kira jam 1 pagi.

Katanya, pada hari ketiga anak baru dibenarkan keluar wad dan dilaporkan makin stabil dan telinganya selamat disambung.

“Bagaimanapun kami sekeluarga masih lagi dalam keadaan trauma lebih-lebih lagi anak lelaki saya. Saya cuba juga menghubungi pemilik agrofarm terbabit, namun gagal dan lelaki itu hanya berhubung melalui WhatsApp sahaja.

“Kos rawatan RM10,400 dan ditanggung pihak insurans. Selepas berbincang dengan peguam, saya dinasihatkan supaya mendapatkan pampasan sebanyak RM5,000.

“Malangnya, pihak agrofarm itu memaklumkan hanya mampu membayar sebanyak RM500 sahaja namun sehingga ke hari ini tidak membayar pampasan terbabit sepertimana dijanjikan,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI