PETALING JAYA – Tindakan penumpang sebuah kenderaan yang membuka tingkap meminta laluan di tengah kesesakan lalu lintas mencuri perhatian netizen.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Zamir Hakim, memaparkan dua orang penumpang kereta itu bertindak sopan dan ‘gigih’ membuat isyarat tangan menerusi tingkap kereta.
“Kalau macam ini, tak pasang ‘signal’ (isyarat) pun tak apa kan?” tulis Zamir pada hantaran tersebut.
Meninjau ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kesopanan penumpang tersebut, malah ada yang berseloroh mengatakan mereka sanggup memberi laluan walaupun dalam kesesakan teruk.
“Akak hari tu nak pergi kerja, tiba-tiba orang sebelah kanan buka tingkap beritahu nak tumpang lalu sebab nak masuk depan macam ni. Tengah sesak masa tu. Pertama kali orang minta laluan siap buka tingkap,” komen Cute.
“Kalau aku kena macam ni, 10 biji treler nak ‘cilok’ pun saya bagi jalan lagi. Beradab sungguh. Sejuk perut mak dia,” tulis seorang Ali Ali.
“JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) pun menangis macam ini. Bersopan sungguh, anak siapa tu,” seloroh Juieanahappy_shop. – KOSMO! ONLINE
@zamir.hakim Kalau mcm ni tak pasang signal pun takpe kan? 🤪 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #visitmalaysia ♬ suara asli – UNCHU.PHILIANO – PUSAT OLEH-OLEH INDONESIA