KLUANG – Penduduk di Bandar Sri Impian di sini tidak perlu lagi khuatir dengan pelbagai kejadian yang mungkin berlaku kerana sudah ada ‘peronda sukarela’ melakukannya hampir setiap malam.
Itulah yang berlaku di salah satu kawasan fasa perumahan apabila seekor gajah jantan membuat ‘rondaan dan tular dalam media sosial sejak semalam.
Meninjau ke ruangan komen, Che Mid mengatakan, gajah berkenaan memang gemar berjalan solo, tiada kawan dan tidak menganggu orang.
“Dia cuma nak cari makan, biarlah. Tempat ini dulu pun kawasan dia, kita yang ceroboh,” katanya.
“Gajah itu cuma datang melawat kawasan dia yang telah diambil manusia,” ujar Muhd Idham.
“Kejadian seperti ini hanya berlaku di Johor. Taman perumahan biasanya anjing yang berkeliaran, ini gajah,” komen Rahmat Shafri. – KOSMO! ONLINE