fbpx

Tsunami buih landa pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk merakam fenomena buih putih memenuhi Teluk Barat. - Rachel Jenner

LONDON – Penduduk Dorset di barat daya England terkejut melihat buih laut berwarna putih memenuhi pantai selepas daerah itu dilanda Ribut Herminia semalam, lapor laman berita Dorset Echo.

Penduduk setempat dikenali sebagai Rachel Jenner merakam imej buih laut memenuhi pantai di Teluk Barat petang semalam. Fenomena itu disifatkan sebagai cantik, namun berbahaya.

“Buih laut ini cantik untuk dilihat. Saya tidak pernah melihat begitu banyak buih laut. 

“Ia adalah fenomena alam semula jadi yang cantik, namun boleh membawa kerosakan,” katanya.

Seorang jurugambar tempatan, Graham Hunt berkata: “Terdapat banyak buih laut di sebelah Pantai Timur dan tipuan angin berkurang sedikit pada sebelah petang.”

Ketika daerah itu terlindung daripada kerosakan yang dibawa Ribut Eowyn Jumaat lalu, ia menerima tempias Ribut Herminia yang bertiup semalam dan menyebabkan ombak besar menghempas pantai.

Ribut Herminia diramal menyebabkan lebih banyak gangguan di daerah tersebut dengan amaran cuaca peringkat kuning dikeluarkan untuk angin dan hujan lebat, manakala risiko banjir diramal meningkat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI