fbpx

Seludup petrol guna pikap ke Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Kamarol (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di ICQS Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Gerik baru-baru ini.

GERIK – Taktik pengubah­suaian kenderaan berpendaftaran tempatan bagi menyeludup petrol menjadi antara kaedah digunakan penyeludup dari Thailand untuk diseleweng ke negara itu.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pe­rak, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata, penyeludup menggunakan taktik itu kerana beranggapan ia tidak akan dihidu pihak berkuasa di negara itu.

Beliau berkata, warga Thailand tersebut mengubah suai ken­deraan berpendafaran tempatan iaitu dengan memasang tangki tambahan bagi memboleh­kan bahan api bersubsidi diseludup dalam jumlah yang besar iaitu sehingga 90 liter.

“Mereka menggunakan taktik ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa, dengan harapan ken­deraan Malaysia tidak akan disyaki sekali gus lolos pemeriksaan di pintu masuk negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu.

“Golongan ini juga tidak men­gisi bahan api di sebuah stesen minyak semata-mata kerana ia akan dilakukan di beberapa lokasi berbeza,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohamad Kamarol berkata, taktik sedemikian bukan hanya gagal kerana bahkan pihak berkenaan telah berjaya didakwa di mahkamah.

Mohamad Kamarol berkata, sebanyak dua kes yang dikesan di ICQS Bukit Berapit tahun lalu membabitkan dua warga Thailand dan mereka didakwa di mahkamah dengan nilai denda sebanyak RM40,000.

Beliau berkata, statistik ­Operasi dan Pemeriksaan KPDN Gerik Tahun 2024 pada tahun lalu me­nunjukkan 13,323 pemeriksaan telah dilaksanakan pihak ber­kenaan.

“Daripada jumlah itu, 10,469 adalah pemeriksaan ke atas kenderaan di ICQS Bukit Berapit. Pemeriksaan ini penting untuk memantau pergerakan barang kawalan dan memastikan tiada aktiviti penyeludupan.

“Sebanyak 31 kes direkodkan sepanjang 2024, termasuk tiga kes yang telah dihasilkan di ICQS Bukit Berapit. Jumlah rampasan bagi kes-kes ini adalah sebanyak RM50,627.50 melibatkan bara­ngan seperti bahan api bersubsidi, barang kawalan dan minyak masak,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 18 operasi bersepadu telah dijalankan bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Ke­sihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI