fbpx

Sekolah Patriotik UMNO dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

LIPIS – Sekolah Patriotik UMNO yang baru ditubuhkan terus mendapat permintaan yang tinggi sehingga menyebabkan temuduga perlu diadakan bagi memilih kemasukan kumpulan kedua dalam masa terdekat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada masa ini seramai 50 orang berusia 18 hingga 39 tahun telah memulakan Sekolah Patriotik berkenaan.

“Peserta perintis dipilih untuk mengikuti program ini sebagai permulaan dalam melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan parti itu.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melancarkan Sekolah Politik UMNO merupakan pensyarah pertama sebagai indikator perjuangan UMNO menghadapi cabaran politik masa hadapan,” katanya pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna SJKC Jerkoh di sini hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Sekolah Patriotik UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dengan 50 pelajar berusia 18 hingga 39 tahun sebagai perintis.

Menurut Wan Rosdy, beliau amat bersyukur kerana hasrat untuk menubuhkan Sekolah Patriotik UMNO menjadi kenyataan.

Katanya, peserta terpilih akan melalui enam modul latihan yang dirangka secara holistik, merangkumi aspek pemikiran kritis, kepimpinan strategik dan pemahaman mendalam terhadap perjuangan UMNO.

“Saya yakin apabila pelajar dibekalkan ilmu yang tidak boleh diperolehi di mana-mana institusi, mereka akan mendapat suntikan semangat baharu dan memahami perjuangan UMNO yang sebenar.

“Kita mungkin akan melihat perubahan ini dalam tempoh sedekad lagi atau lebih cepat di mana semangat orang muda terhadap UMNO semakin menyerlah parti tertua yang ditubuhkan tahun 1946 banyak jasanya kepada negara bangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI