fbpx

Sanchez punca Chelsea terus hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHEZ (kiri) membuat kesilapan mudah membolehkan Haaland (kanan) meledak gol kedua City sebelum menang 3-1 awal pagi semalam. - PREMIER LEAGUE

MANCHESTER – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca enggan menyalahkan penjaga gol utama, Robert Sanchez yang membuat kesilapan besar selepas tewas 1-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, skuad The Blues berjaya mendahului menerusi penyudah Noni Madueke sebelum tuan rumah bangkit dengan jaringan Jasko Gvardiol, Erling Haaland dan Phil Foden.

Menurut Maresca, kesilapan Sanchez jelas dapat dilihat ketika berada di luar posisi sehingga membuka ruang buat Haaland menjaringkan gol kedua City.

“Kita akan terus percaya dengan kebolehan Sanchez meskipun dia sudah melakukan beberapa kesilapan pada musim ini.

“Saya tidak boleh salahkannya semata-mata dan apa yang penting dia perlu bangkit untuk membantu pasukan pada aksi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Maresca enggan ‘pening kepala’ memikirkan mengenai prestasi pasukan yang hanya memenangi satu perlawanan daripada tujuh aksi liga diharungi ketika ini, sebaliknya beliau percaya dengan peningkatan dipamerkan oleh anak-anak buahnya.

“Secara jujur, saya rasa kami bermain dengan baik jika dibandingkan sebulan atau dua bulan lepas. Ini adalah pasukan yang muda dan sudah tentu pemain perlu merasai situasi serta kekalahan seperti ini.

“Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukan terutama dari aspek penyudah kerana kami memiliki banyak ruang untuk menambah gol selepas jaringan pertama dihasilkan tetapi tidak berjaya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI