fbpx

Ridwan lebih minat acara pecut individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIDWAN

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom sedia untuk keluar daripada tradisi dengan memberikan lebih perhatian dalam usahanya menjadi jaguh menerusi acara pecut individu lelaki.

Dalam tempoh dua dekad, Malaysia cukup terkenal menghasilkan atlet-atlet bertaraf dunia dalam acara keirin termasuk Josiah Ng, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Bagaimanapun, Ridwan yang juga adik kepada Shah Firdaus sedia untuk mengambil jalan berbeza dengan meningkatkan kemampuannya dalam acara pecut individu walaupun sedar ia bukan satu perkara mudah.

“Sebenarnya saya lebih gemar acara pecut individu kerana ia satu lawan satu. Di situlah kami boleh menunjukkan kemampuan sebenar selain peluang mencabar diri sendiri.

“Untuk keirin, kita sudah berjaya hasilkan pelumba-pelumba terbaik seperti Azizulhasni dan Shah. Saya pula mahu buat sesuatu yang berbeza iaitu beraksi acara pecut individu,” katanya.

Pada saingan Piala Presiden di Velodrom Nasional, Nilai minggu lalu, atlet berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi cukup baik apabila merangkul dua pingat emas dan satu gangsa dalam acara pecut.

Dalam pada itu, Ridwan atau lebih mesra dengan panggilan ‘Boy’ menyifatkan saingan acara pecut lebih mencabar kerana perlu bersaing dengan pelumba handalan Eropah yang memiliki kelebihan dari segi fizikal.

“Sebenarnya ia (pecut) adalah acara yang lebih sukar, terutamanya di peringkat dunia kerana pelumba-pelumba lain (Eropah) memiliki fizikal lebih besar daripada kita. Bagaimanapun, saya lihat itu sebagai peluang untuk mencabar diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI