fbpx

Reman 5 suspek kes bakar warga emas, anak angkat disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima suspek disambung reman tujuh hari lagi bagi melengkapkan siasatan kes bunuh dua mangsa ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Tongkang Yard, Alor Setar. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Tempoh reman terhadap lima lelaki berhubung penemuan dua mayat rentung dalam kebakaran rumah yang disyaki dibunuh di Tongkang Yard, di sini pada Selasa lalu disambung tujuh hari lagi.

Perintah reman ke atas suspek berusia antara 19 hingga 53 tahun bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali.

Siasatan ke atas lima suspek termasuk saudara terdekat kepada salah seorang mangsa maut itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh sebelum ini berkata, pihaknya menahan lima lelaki susulan penemuan dua mayat rentung dipercayai Ibrahim Mydin, 61, dan anak angkatnya, Muhammad Muslim Mohd. Zaini, 23, dalam kebakaran rumah di Tongkang Yard, di sini.

Salah seorang suspek berusia 29 tahun adalah saudara terdekat kepada Ibrahim dengan tiga suspek utama didapati positif dadah, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau.

Siasatan lanjut polis mengklasifikasikan kes itu daripada kematian mengejut kepada bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia susulan penemuan bahan bakar di rumah tersebut, selain hasil soal siasat dijalankan ke atas suspek yang menjurus kepada dendam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI