fbpx

Perak menang 7-0 ke atas Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Perak FC meraikan jaringan ketika menentang Kelantan Darul Naim pada perlawanan Liga Super di Stadium MP Manjung malam ini. - Foto IHSAN PERAK FC

MANJUNG – Perak FC merakam kemenangan besar pertamanya dalam Liga Super apabila membaham Kelantan Darul Naim 7-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Dengan kemenangan itu Perak mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super.

Pasukan Yob ketika ini menduduki tangga ke-lima Liga dengan mengutip 22 mata hasil enam kali menang dan empat seri.

Perak sepatutnya menang dengan jurang lebih besar, tetapi mensesiakan beberapa peluang terbuka.

Pelawat gagal mengancam kubu Perak menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Muhamad Haziq Nazli lebih banyak menjadi pemerhati.

Pada perlawanan Itu, Clayton Da Silva menyumbang empat gol, Luciano Guaycochea (dua), Adilet Kanybekov, dan Tommy Mawat masing-masing satu.

Perak membuka jaringan melalui Clayton Da Silva pada minit ke-73. Selepas itu tuan rumah mengusai perlawanan

Penguasaan penuh pasukan Bos Gaurus berterusan ke babak kedua. Dua jaringan Clayton dan Tommy Mawat melengkapkan penguasaan anak buah Yusri Che Lah untuk merakam kemenangan ke-lapan ya setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI