fbpx

‘Penyingkiran ini buktikan saya bukan anak emas GV11’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI berlapang dada gagal meneruskan perjuangan di pentas GV, Fairuz mengaku terselit rasa sedih memikirkan harapan peminat yang menyokongnya selama ini.

SHAH ALAM – Pernah digelar anak emas Astro gara-gara dua kali terselamat daripada penyingkiran, peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Fairuz Selamat membuktikan dia bukan seperti yang didakwa apabila tersingkir malam tadi.

Menurut Fairuz atau nama lengkapnya Mohammad Fairuz Selamat, 40, mutakhir ini dia sering dikecam hebat netizen yang ingin melihatnya tersingkir.

“Saya terima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira. Dua kali saya berada di kedudukan terbawah. Teruk saya kena hentam dengan netizen. Semua orang mengharapkan saya tersingkir. Nah ambik kau saya dah keluar.

“Dengan tersingkirnya saya daripada GV11 membuktikan saya bukan seperti yang didakwa (anak emas).

“Tidak dinafikan ada terselit rasa sedih, siapa yang tidak mahu melangkah ke peringkat akhir. Saya pun dah mohon cuti sampai Februari. Saya nak buat apa untuk dua minggu ini? ‘Live’ dalam TikTok sahajalah,” katanya kepada Kosmo! online.

Namun kata bekas vokalis kumpulan Q-Face dan Antz itu, dia percaya kepada rezeki Allah yang ditetapkan untuknya.

“Mungkin Allah dah tetapkan rezeki kepada peserta lain yang lebih layak untuk ke peringkat akhir.

“Mungkin ada peserta yang lebih ‘struggle’ daripada saya. Saya sudah punya kerjaya sendiri. Yang lain mungkin sedang mencari rezeki lebih. Jadi, saya beri ruang itu kepada peserta lain,” jelasnya.

Namun, kata Fairuz yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri Perak, apa yang membuatkan dia terkilan adalah mengenangkan para peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang dia berada dalam GV11.

Sambil menahan sebak Fairuz berkata, ada peminatnya yang sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga semata-mata mahu memberi sokongan kepadanya di GV11.

“Peminat saya kebanyakannya perempuan. Ada yang sudah berkahwin dan memiliki keluarga. Mereka sanggup datang setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Mereka buat jadual ‘shift’ untuk mengundi saya. Masakkan saya makanan dan belikan saya macam-macam. Itu yang membuatkan saya rasa ralat. Saya rasa saya sudah kecewakan mereka.

“Mereka telah rancang untuk menyokong sehingga ke peringkat akhir. Bila saya sudah tersingkir, saya terfikir lagi dua minggu ini mereka nak buat apa? Sokongan yang saya dapat sekarang tidak pernah dapat selama 24 tahun bergelar penyanyi. Saya akan merindu momen ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI