fbpx

Pengalaman di penjara ibarat masuk ‘dobi’ untuk cuci hati – Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Along Cham.

SEPANG – Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, menyifatkan pengalamannya sepanjang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh selama sebulan lebih dianggap sebagai ‘dobi’ untuk mencuci hatinya.

Beliau yang gagal menahan air mata berkata demikian ketika ditemui wartawan sebaik selesai diikat jamin di Kompleks Mahkamah Sepang di sini, pagi ini atas dua tuduhan kerana memiliki dan mengambil dadah.

“Saya berterima kasih kepada barisan peguam saya. Hari ini, benda yang mustahil untuk berlaku Allah SWT telah beri jawapan. Saya akan berusaha keras untuk bersihkan nama dan Allah SWT tahu mana yang terbaik untuk saya.

“Terima kasih kepada keluarga yang tahu diri saya yang sebenar, peminat yang mendoakan saya dan kepada pembenci kerana banyak juga fitnah yang saya dengar,” katanya.

Katanya, dia akui kerjayanya kini terjejas dan tertangguh termasuk projek hiburan bersama kenalan artisnya, Didie Alias dan beliau merancang untuk mengeluarkan keluarkan satu filem mengenai kisah benar tentang dirinya.

“Ramai orang tidak tahu ketika saya melangkah masuk (ke penjara), ada yang gembira dan tepuk tangan, namun saya serah bulat-bulat dan yakin Allah mengetahui segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, Afreena ketika ditemui wartawan berkata, dia melahirkan rasa syukur kerana akhirnya suaminya dapat pulang ke pangkuan dan anak-anak dan akan kembali menjalankan rutin seperti biasa termasuk meneruskan kerja-kerja seninya.

“Alhamdulillah, sejak 20 Disember lalu, saya dapat merasakan dia akan pulang. Sebelum ini, perasaan saya bercampur baur dan gementar. Dia berhak untuk keluar. Tempat dia berada di rumah, bukan berada di penjara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI