fbpx

Pemandu dipukul askar selepas kereta bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota TNI tersebut keluar dari kenderaannya di tengah jalan. - Tribunnews

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan anggota tentera memukul seorang pemandu selepas kenderaan mereka bergesel di sebatang jalan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku Rabu lalu di Jalan Raya Pondok Gede, Jakarta Timur.

Menurut mangsa, kejadian itu bermula apabila kedua-dua kenderaan baru keluar dari arah plaza tol Jagorawi menuju Taman Mini ketika jalan sesak.

“Setelah saya melalui lampu merah, sebuah kenderaan bernombor plat tentera bergesel dengan kereta saya.

“Pemandunya kemudian meminta saya untuk berhenti,” kata mangsa yang memuat naik rakaman papan pemuka.

Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memakai baju T hijau tentera dilihat berada dalam keadaan marah sebelum dia memukul mangsa.

Susulan kejadian itu, markas utama Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang menyiasat video tersebut bagi memastikan fakta sebenar.

“Kami sedang menyiasat di peringkat dalaman. Kami pasti akan mengambil tindakan tegas kepada anggota yang terlibat sekiranya terbukti dia bersalah,” kata Ketua Pusat Maklumat TNI, Mejar Jeneral Hariyanto. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI