fbpx

Pasangan peniaga roti canai maut ketika konvoi motor di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sofi dan isteri maut ketika dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Chumphon, Thailand pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang mereka tunggang terbabas ketika berkonvoi di Chumphon, Selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Sofi Ismail, 43, dan isteri, Zaimima Ismail, 43, yang juga peniaga roti canai di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.

Ketika kejadian, pasangan yang mempunyai dua anak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dengan menunggang motosikal Kawasaki GTR1400.

Rakan mangsa yang juga wakil Group Adventure Touring Motorsports, Muhammad Firdaus Yeoh Abdullah, 50, berkata, dia dimaklumkan mengenai nahas itu daripada rakan mereka yang turut serta dalam konvoi tersebut pagi tadi.

“Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan motosikal yang ditunggang pasangan tersebut dikatakan terbabas akibat jalan basah.

“Jenazah masih di Chumphon dan dijangka tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah malam ini atau pagi esok. Kami akan bawa jenazah pulang ke kediaman mereka dan dijangka dikebumikan di Merbau Pulas, Karangan, Kedah.

Menurut Muhammad Firdaus, pasangan tersebut menyertai konvoi itu bersama dua lagi pasangan yang juga kenalan mereka.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut memuat naik ucapan takziah kepada keluarga pasangan terbabit di Facebook miliknya sebentar tadi.

“Menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarham Mohd. Sofi Ismail dan Allahyarhamah Zaimima Ismail (pemilik Eifi Roti Canai Pongsu Seribu) yang meninggal dunia hari ini di Thailand.

“Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI