fbpx

Mohamad Sabu beri jaminan selesai isu padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid bercakap kepada media mengenai permohonan harga lantai padi sebanyak RM1800 dan membantah RUU benih tanaman di pekarangan Wisma Tani, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan untuk ‘turun padang’ bagi menilai sendiri isu padi.

Dalam satu jawapan ringkas kepada media, beliau akan mengambil tanggungjawab untuk mengadakan libat urus dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Kelantan (Kada) bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan.

“Saya akan ambil tanggungjawab ‘turun’ ke Mada dan Kada serta tempat-tempat lain yang berkaitan untuk libat urus secara berterusan dengan para penanam padi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 pesawah hadir mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Wisma Tani di sini, hari ini berhubung dua tuntutan melibatkan isu harga lantai padi dan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman.

Sementara itu, Pengerusi Pesawah, Abdul Rashid Yob berkata, sebahagian besar pesawah di Jitra, Kedah hanya memperoleh pendapatan bersih iaitu RM391 sehektar.

Katanya, ia secara purata, mereka cuma meraih kira-kira RM2,346 sehektar untuk tempoh satu musim iaitu enam bulan namun ditolak kos pengeluaran pula mencecah RM1,921.

“Angka itu adalah berdasarkan harga lantai lama RM1,300 bagi setiap tan beras mengakibatkan ramai kalangan mereka tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian besar.

“Antara kos yang perlu dikira ialah upah untuk racun rumpai, mesin rumput batas, traktor beluh balas palang, baja, dron, benih dan sewaan jentera penuaian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI