fbpx

Lelaki ‘mati’ tunggang motosikal datang majlis pengebumian sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHET disangka meninggal dunia akibat cuaca sejuk. - Foto Matichon

BANGKOK  – Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, tiba-tiba muncul pada majlis penghormatan terakhirnya di Wilayah Sakon Nakhon, Thailand, lapor portal berita MSNews semalam.

Kehadiran lelaki berusia 45 tahun dikenali sebagai Phet itu mengejutkan orang ramai setelah dia tiba dengan menaiki motosikalnya pada majlis tersebut.

Menurut portal berita Khaosod, pada mulanya, keluarga Phet dimaklumkan bahawa seorang lelaki yang sepadan dengan gambarannya telah ditemui mati akibat cuaca sejuk.

Selepas mendengar berita itu, keluarganya mula membuat persiapan dengan menyewa khemah, meja dan kerusi untuk majlis tersebut.

Namun, apabila adik lelaki itu yang dikenali sebagai Thongchai pergi ke Bangkok untuk membawanya pulang mayat mangsa, dia mendapati tiada tatu pada badan Phet.

Saudara-mara mereka kemudian menelefon Thongchai untuk memaklumkan bahawa abangnya pulang dalam keadaan masih hidup. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI