fbpx

Kelantan, Pahang dilanda hujan lebat sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, negeri yang terjejas adalah Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Kelantan, hujan lebat diramalkan berlaku di Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang, di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Bagi Johor pula, beberapa kawasan melibatkan Segamat dan Mersing turut sama terjejas dengan ribut petir pagi ini.

Sementara itu di Sabah, keadaan yang sama dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) manakala di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan keseluruhan kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI