fbpx

‘Kebanyakan penunggang bertindak agresif, elak ditahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian yang ditahan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di sekitar kedua-dua arah Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 10 buah motosikal disita dan 111 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di kedua-dua arah Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi bermula pukul 6.45 petang itu disertai empat pegawai kanan dan 56 anggota.

“Kebanyakan penunggang motosikal bersikap agresif untuk melepaskan diri. Kita menggunakan semua cara yang dianggap munasabah untuk menahan mereka yang bertindak agresif.

“Seorang lelaki turut ditahan kerana menunggang secara berbahaya. Semua motosikal dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik SPU untuk siasatan dan dokumentasi,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI