fbpx

Jurukamera nyaris jadi ‘lauk’ beruang kutub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUCHANAN diserang oleh seekor beruang kutub. - Jason Roberts

LONGYEARBYEN, Norway – Seorang jurukamera Perbadanan Penyiaran British (BBC) mendedahkan detik dia nyaris dibaham oleh seekor beruang kutub betina ketika melakukan penggambaran di rantau Artik, lapor akhbar Metro UK.

Gordon Buchanan, 52, ketika kejadian sedang merakam video untuk sebuah dokumentari alam semula jadi dari dalam sangkar keselamatan, Ice Cube.

Ia berukuran 2.1 meter tinggi dan seberat 500 kilogram.

“Kiub (sangkar) itu bergoyang kerana hentakan kuatnya. Namun, kiub itu tetap teguh,” kata Buchanan.

Pada suatu ketika, beruang itu memasukkan hidung dan kukunya yang tajam di celah ruang sangkar tersebut tetapi masih tidak dapat mencapai badan Buchanan.

Jurugambar hidupan liar tersebut tetap tenang sehingga akhirnya, beruang itu bertindak meninggalkannya.

“Jika beruang kutub itu berjaya menceroboh masuk, saya pasti tidak akan hidup untuk menceritakan kisah ini,” kata Buchanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI