fbpx

JDT perlu enam mata pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUNIZ (kiri) meledak gol tunggal perlawanan menewaskan TFC kelmarin. - PUQTRA HAIRRY

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio lebih mengutamakan perkembangan pasukan berbanding terlalu memikirkan tentang kejuaraan Liga Super musim ini.

Memandangkan Harimau Selatan hanya memerlukan enam lagi mata untuk mempertahankan gelaran Liga Super, namun Bidoglio tidak menjadikannya sebagai jaminan kerana sentiasa berwaspada dengan ancaman pencabar lain.

“Untuk kami perkara paling penting adalah terus berkembang kerana kami perlu bermain dalam perlawanan penting dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Liga Super adalah penting buat kami tetapi pada pendapat saya JDT adalah kelab besar dan semua orang sedang menyaksikan kami.

“Jadi adalah menjadi keperluan untuk kami terus meningkat, berkembang dan bermain dengan falsafah kami,” katanya.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin, JDT diberikan tentangan sengit oleh Terengganu FC (TFC) dan hanya meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Juan Muniz.

Mengulas lanjut, Bidoglio mengakui perlawanan kali ini lebih sukar berbanding apa yang pernah dilalui anak-anak buahnya ketika menewaskan lawan sama dengan keputusan 4-0 pada dua pertemuan terakhir.

“Kita tahu ini adalah perlawanan berbeza dan ia agak sukar. Namun, pada pendapat saya, kami bermain baik dan pemain berikan 100 peritus. Ini adalah mata penting buat kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI