PETALING JAYA – Jabatan Penjara mengesahkan kejadian provokasi melibatkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.
Menerusi satu kenyataan, Jabatan Penjara telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian provokasi tersebut.
“Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Sehubungan itu, Jabatan Penjara memohon kerjasama daripada orang awam agar tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE