fbpx

Israk dan Mikraj pupuk semangat berkerja lebih kuat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran grafik Anwar di Facebook sempena hari memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj untuk lebih kuat, berdisplin dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Facebook beliau hari ini, Anwar berkata, umat Islam harus juga mengambil iktibar daripada peristiwa itu bagi memupuk keteguhan dalam pengabdian penuh kepada Allah SWT.

“Keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.

“Simbol kepimpinan Baginda Rasulullah SAW mengetuai solat dalam kalangan para Rasul yang lain jua mengambarkan kepentingan umat Islam yang dipayungi oleh Rasulullah SAW.

“Pengalaman unik yang dialami oleh Baginda harus dibugar bagi memupuk semangat berkerja lebih kuat dan berdisplin mencapai ‘itqan fil amal’ serta teguh kepada pengabdian penuh kepada Allah SWT,” katanya.

Anwar berkata, ibrah (pengajaran) daripada peristiwa besar itu juga penting dalam konteks sejarah umat Islam khususnya peranan dua kota suci Mekah dan Baitulmaqdis.

Sehubungan İtu, katanya, ingatan dan doa kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan terus mengalami penjajahan harus menjadi sebahagian sikap konsisten umat Islam dalam memperjuangkan maruah dan keadilan rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI