fbpx

[VIDEO] Ibu tular tolak ‘stroller’ anak autistik cari roti 3 pagi kini koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dimuat naik di Facebook mangsa kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh, semalam.

PETALING JAYA – Seorang ibu yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ anak autistik pada pukul 3 pagi semata-mata untuk mencari roti kini koma selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh, semalam.

Kemalangan tragis itu berlaku pada pukul 2 pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat melibatkan wanita itu, suaminya dan anak pasangan tersebut.

Keluarga mangsa merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Permintaan itu disuarakan adik mangsa, Sharifah Maizatul Syed Mansor menerusi hantaran di Facebook semalam.

“Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abang ipar serta anak buah di Jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa anda,” tulisnya.

Menurut Sharifah, kakak dan abang iparnya dalam keadaan kritikal dan masih belum sedarkan diri. Anak mereka pula cedera ringan.

“Kami amat berharap ada saksi yang melihat kejadian itu untuk membantu siasatan. Alhamdulillah, anak mereka selamat, tetapi kakak dan abang ipar masih belum sedarkan diri,” katanya.

Orang ramai yang berada di lokasi atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi keluarga mangsa atau pihak berkuasa.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya pada pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti.

Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

@nxjmxe Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage ♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI