fbpx

Hannah sedia dengar keperluan pemain profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH akan berjumpa dengan pemain-pemain badminton profesional bagi membincangkan perkara berkaitan program RTG.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sedia untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemain badminton profesional negara berhubung program Road To Gold (RTG) ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Perjumpaan yang dijangka berlangsung selepas Tahun Baru Cina itu bakal membincangkan mengenai apakah bentuk khidmat sokongan yang boleh ditawarkan bagi membantu meningkatkan prestasi mereka.

Beliau berkata, pada ketika ini pemain-pemain profesional mempamerkan prestasi cukup baik, terutamanya Sze Fei-Izzuddin yang baru sahaja memenangi kejohanan Terbuka India di New Delhi minggu lalu.

“Ada beberapa atlet nak berjumpa dengan saya tetapi masih belum dapat tarikh yang sesuai. Antaranya adalah (Datuk) Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia serta Sze Fei-Izzuddin dan ia akan diuruskan selepas Tahun Baru Cina.

“Zii Jia memang tidak ada dalam RTG tetapi ini untuk LA28. Kita nak bincang kerana ramai pemain profesional menunjukkan prestasi cukup baik pada ketika ini.

SZE FEI-IZZUDDIN terus menampilkan aksi cemerlang termasuk ketika memenangi Terbuka India minggu lalu. – AFP

“Perjumpaan itu akan membincangkan mengenai kemungkinan kolaborasi dengan RTG dan bagaimana RTG boleh beri sokongan kepada pemain-pemain profesional yang layak,” katanya selepas Sesi Penyerahan Projek Naik Taraf Kemudahan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Izzuddin-Sze Fei tidak berada dalam program RTG sebelum ini susulan tidak layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 manakala Zii Jia memilih untuk menolak tawaran yang dibuat.

Sementara itu, Hannah turut mengesahkan, pihaknya akan melakukan rombakan dalam jawatankuasa RTG selain sudah menyusun beberapa sukan yang berlaku perubahan dari segi kedudukan ranking 10 teratas.

“Ada perubahan (jawatankuasa RTG) dan diumumkan Februari nanti selepas Tahun Baru Cina, selepas itu saya akan ada jawatankuasa baharu. Kita juga sudah menyusun sukan-sukan yang ada perubahan dalam (ranking) 10 teratas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI