fbpx

Geng Boy aktif curi kabel TM tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB menunjukkan rampasan kabel TM pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Kegiatan sindiket Geng Boy yang aktif melakukan curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas apabila empat lelaki diberkas dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan jenayah kawasan Taman Melodie di sini, 21 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu aduan daripada penduduk setempat pada pukul 3.45 pagi mengenai empat lelaki berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan dan sedang mencuri label milik syarikat itu.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dan pegawai dari Cawangan (D4) Bahagian Siasatan Jenayah bersama-sama cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melakukan serbuan di lokasi kejadian.

“Semasa serbuan, empat lelaki terbabit berjaya melarikan diri dan meninggalkan lori serta kabel yang dicuri di tempat kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis kemudian menjejaki semua suspek menerusi lori yang ditinggalkan sebelum berjaya menahan mereka yang berusia 26 hingga 36 tahun menerusi tiga serbuan di sekitar Kota Masai dan Johor Bahru.

Beliau berkata, keempat-empat suspek berkenaan berjaya ditahan dalam Ops Lusuh tidak sampai 24 jam kes kecurian tersebut berlaku yang dijalankan dari pukul 3.40 pagi hingga 11 malam.

Menurutnya, polis merampas sebuah lori, sebuah kereta jenis Honda City, 28 batang kabel optik berukuran tiga meter, satu batang kabel optik berukuran 90 meter, sebuah mesin pemotong kayu, satu mesin gergaji dan lima unit telefon bimbit.

Raub memberitahu, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai 14 rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah, suspek kedua mempunyai tiga rekod dadah dan jenayah manakala suspek ketiga mempunyai satu rekod jenayah serta suspek keempat pula mempunyai lapan rekod dadah dan jenayah.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Modus operandi yang dilakukan adalah dengan cara menarik label optik bawah tanah main hole menggunakan sebuah pacuan empat roda. Suspek kemudian akan memotong label optik tersebut menggunakan mesin pemotong besi dan pemotong kayu.

“Kita percaya dengan tertangkapnya empat suspek ini, kita berjaya menyelesaikan lima kes lagi berkenaan curi kabel yang dilaporkan sekitar Masai dan Johor Bahru,” katanya.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 22 sehingga 25 Januari lalu sebelum disambung reman dua hari lagi sampai hari ini.

Kes tersebut katanya, disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI