PETALING JAYA – Eskayvie komited untuk menjadikan jenamanya terkenal di pasaran global bukan sahaja melalui produk yang berkualiti tinggi tetapi juga memberi nilai kepada pelanggan melalui inovasi, sains dan teknologi terkini.
Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, Ini dapat dilihat melalui kejayaan syarikat yang telah berjaya menembusi pasaran di negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina sehingga menjadikan ia sebagai peneraju dalam industri kesihatan.
“Selepas lebih 15 tahun dalam industri kesihatan, transformasi ini adalah langkah strategik untuk memastikan Eskayvie terus relevan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis makan malam syarikat di sini baru-baru ini.
Syarikat turut melancarkan kempen Booster Minda- Inspirasi Generasi Masa Hadapan dan sebahagian daripada program tersebut, ia telah melancarkan produk Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, makanan tambahan untuk kanak-kanak berumur dua hingga 17 tahun.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menerangkan, syarikatnya kini aktif untuk mengukuhkan komitmennya terhadap pematuhan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Eskayvie telah diiktiraf oleh SIRIM sebagai salah satu daripada enam organisasi utama yang komited terhadap amalan lestari,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE