fbpx

Dua beradik lemas jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dua beradik yang lemas di kawasan tali air di Kampung Kubang Telaga, Bachok petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

BACHOK – Niat murni seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam tali air berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka lemas di Kampung Kubang Telaga di sini petang tadi.

Salah seorang mangsa, Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 8.25 malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata, pasukannya ketika ini sedang mencari seorang lagi mangsa, Muhammad Asadullah Zehan, 11, yang masih hilang.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.36 petang sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dua beradik yang lemas di kawasan tali air di Kampung Kubang Telaga, Bachok petang tadi. – Foto IHSAN BOMBA

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua beradik itu berada di atas jambatan sebelum Muhammad Asadullah terjatuh ke dalam tali air.

“Muhamad Amirul Mukminin bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamat adiknya, dia turut lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zamizi memberitahu, Muhamad Amirul Mukminin dijumpai selepas dua jam operasi dijalankan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tambahnya, PPDA masih melakukan selaman untuk mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI