fbpx

‘Digelar ustazah, Nora takut dianggap seperti mulia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA Danish tidak tersinggung tetapi agak tertekan apabila dipanggil ustazah oleh kawan-kawan dan peminat.

KUALA LUMPUR – Kerap diberi gelaran artis contoh sejak bertudung, pelakon Nora Danish mengakui bimbang memikirkan pandangan segelintir pihak sebagai individu mulia seolah-olah tidak lagi akan melakukan sebarang kesilapan.

Menurut Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, penghijrahanya juga mengundang pelbagai jolokan kepada dirinya, terutama dalam kalangan rakan-rakan termasuk dipanggil sebagai ustazah.

“Ya, agak tertekan apabila orang bagi macam-macam gelaran termasuk artis contoh. Sampai satu tahap bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun melabel saya sebagai ustazah.

“Tidak tersinggung dan saya okey cuma hanya aminkan sahaja doa tersebut.

“Cuma adakalanya kesilapan kecil yang saya lakukan, mereka anggap saya seperti mulia, hakikatnya tidak,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran butik Amber di sini, baru-baru ini.

Dalam masa sama, dia mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah, salah satu cara untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan ialah kerap menghadiri majlis ilmu.

“Sebenarnya saya pun baru sahaja berhijrah. Takut juga melihat rakan-rakan yang lain diberi dugaan sedemikian (buka tudung).

“Saya percaya mereka dahulu pun mesti seperti saya juga bukan? Sebenarnya semua saya lakukan sekarang adalah atas rezeki yang diberikan Allah SWT.

“Saya banyak menghadiri majlis ilmu supaya dapat kuatkan lagi iman ini dan cuba lakukan yang terbaik sebab percaya Allah Maha Baik. Insya-Allah dengan usaha ini kita semua dipelihara,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor yang mendorong dirinya untuk berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama.

Akui Nora, dia berasa malu pada Tuhan sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI