fbpx

Cuaca buruk landa KL, Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terjejas termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Muallim. Manakala, di Pahang hujan lebat dijangka melanda Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin,” katanya.

Bagi Selangor, cuaca buruk akan memberi kesan kepada kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor keadaan yang sama bakal menjejaskan keseluruhan kawasan.

“Negeri Sembilan turut tidak terkecuali daripada ribut petir yang melanda kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, di Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca yang tidak menentu ini termasuk Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI