fbpx

Colombia ‘tewas’ kepada Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH pendatang haram menaiki sebuah pesawat tentera di Texas, Khamis lalu. - Foto AFP

BOGOTA  – Bogota tunduk kepada tekanan Washington dengan membatalkan keputusan menghalang penerbangan yang membawa pendatang tanpa izin (PATI) daripada mendarat di Colombia, lapor laman berita RT. 

Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam mengumumkan bahawa beliau enggan menerima pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS) mendarat di negaranya.

Pesawat itu membawa pulang rakyat Colombia yang memasuki AS secara haram. 

Ketika mengumumkan perkara itu, Petro berkata, kebenaran itu akan diberikan jika AS memberikan layanan bermaruah kepada PATI Colombia.

Namun, Presiden Donald Trump bertindak balas dengan mengenakan tarif ke atas barangan yang diimport dari Colombia dan melaksanakan  sekatan visa ke atas pegawai-pegawai dari negara itu. 

Bogota kemudian menyatakan bahawa pesawat Presiden akan dihantar untuk membawa pulang rakyat Colombia yang dijadualkan untuk dihantar pulang. 

“Kerajaan Colombia di bawah arahan Presiden Gustavo Petro telah mengaturkan pesawat presiden untuk memudahkan kepulangan warga Colombia,” kata pejabat Petro dalam satu kenyataan.

Beliau turut berjanji akan mengenakan tarif ke atas barangan Amerika sebagai tindak balas terhadap sekatan ekonomi AS. 

Sementara itu, jurucakap White House, Karoline Leavitt mengeluarkan kenyataan bahawa Bogota bersetuju terhadap semua tuntutan Trump termasuk menerima semua PATI yang dihantar pulang dari AS termasuk mereka yang menaiki pesawat tentera Amerika.

Trump yang mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari lalu, menjadikan perjuangan membanteras PATI sebagai salah satu tumpuan pentadbiran beliau. 

Tidak lama selepas memegang jawatan, Trump mengisytiharkan darurat di sempadan dan mengerahkan askar untuk membantu pengawal sempadan. 

Beliau juga berjanji untuk meningkatkan pengusiran terhadap pendatang asing yang memasuki AS secara haram balik ke negara masing-masing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN