fbpx

Buruh Bangladesh maut jatuh kerangka besi setinggi 8 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada lelaki warga Bangladesh yang terjatuh dari kerangka besi berketinggian lapan meter di tapak pembinaan di Bandar Meru Raya di Ipoh, hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari kerangka besi bangunan berketinggian lapan meter di sebuah tapak pembinaan di Bandar Meru Raya di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.06 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun sedang melakukan kerja di tapak pembinaan berkenaan.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan. Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

“Pasukan perubatan yang turut berada di lokasi serta memberi bantuan CPR kepada mangsa mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI