fbpx

Along Cham peluk isteri, anak lepas tanpa bebas satu kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon dan pelawak Along Cham tidak dapat menahan kesedihan selepas Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA), hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau Along Cham sujud syukur di kandang tertuduh sejurus Mahkamah Seksyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Lelaki itu bagaimanapun kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan mengambil dadah.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Fuad Othman memutuskan pertuduhan terhadap Along Cham sebagai DNAA.

“Pertuduhan kamu di bawah Seksyen 39A (2) ini DNAA. Kemudian kamu akan dituduh di Mahkamah Majistret dan tuduhan ke atas kamu diturunkan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memohon pendakwaan tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Majistret untuk didakwa di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 susulan hasil laporan kimia.

Sebelum ini, Along Cham didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya pada 14 Disember lalu, namun pelawak itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh dijamin kerana seksyen kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Di Mahkamah Majistret, Along Cham berdepan dua pertuduhan memiliki kanabis seberat 49.61 gram dan mengambil dadah tetra hydrocannibol (THC).

Mengikut pertuduhan pertama, Along Cham dituduh mengikut Seksyen 6 ADB.

Bagi pertuduhan kedua, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Along Cham didapati memasukkan THC dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a). Along Cham mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Peguam tertuduh, Kamal Hisham Jaafar meminta mahkamah meringankan wang jaminan kepada RM4,000 atas pelbagai alasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI