fbpx

3,000 jurutera beratur panjang temuduga kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH 3,000 jurutera beratur untuk menghadiri temuduga kerja. - Foto X/@ravihanda

NEW DELHI – Lebih 3,000 jurutera beratur panjang untuk menghadiri temuduga pekerjaan di luar sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) di Pune, India, lapor portal berita The Indian Express semalam. . 

Rakaman video kejadian menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di platform X menerusi akaun Pune Pulse.

“Lebih 3,000 jurutera beratur untuk temuduga, menyerlahkan persaingan pasaran pekerjaan IT yang amat sengit,” kata kapsyen video itu.

Ramai netizen kemudian memberi komen tentang video itu di media sosial. 

“Situasi serupa  berlaku semasa saya pergi ke Pune untuk temuduga pada tahun 2015,” kata seorang netizen.

Seorang pengguna media sosial lain berkata: “Peningkatan  pengangguran  dalam kalangan belia terpelajar. Tiada masa depan buat mereka. Ibu bapa rugi membelanjakan wang untuk pendidikan mereka.” – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI