fbpx

201 ulat teksi KLIA ditangkap tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrin ketika ditemui pemberita selepas meninjau Operasi Terminal Bas di Terminal Bas Seksyen 17, malam ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Penyamaran anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membasmi ulat teksi membuahkan hasil apabila 201 tangkapan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor , Azrin Borhan berkata, penyamaran dilakukan 24 jam dengan penguatkuasaan lebih intensif dan rapi dalam mengekang ulat-ulat teksi yang berkeliaran di lokasi tersebut.

Katanya, kebanyakan mangsa merupakan warga asing yang terperdaya dengan ‘pujukan’ dakwaan harga lebih murah.

“Sebagai contoh, KLIA ke Subang ada ulat teksi yang kenakan tambang sehingga RM350 sedangkan tambang bagi teksi atau limosin berdaftar lebih murah.

“Jadi, kita berharap mereka memberhentikan modus operandi atau kegiatan mereka itu susulan tidak mempunyai permit atau lesen yang sah dari satu destinasi ke satu destinasi,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Operasi Terminal Bas di Terminal Bas Seksyen 17 di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan JPJ Selangor khususnya dalam menangani kegiatan ulat teksi yang masih berlaku di KLIA.

Menurut Azrin, penguatkuasan turut dilakukan di kawasan lain seperti hotel, pusat beli belah yang turut menjadi lokasi lambakan ulat teksi.

Tambahnya, usaha berkenaan juga akan dilipatgandakan operasi terutama apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Semua ini bagi memastikan nama negara tidak tercemar susulan modus operandi ulat tiket yang menyasarkan warga luar negara.

“Kita akan pastikan semua penumpang (termasuk delegasi luar) yang berada di KLIA menggunakan saluran betul dalam mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang berdaftar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI