fbpx

2 durian Musang King lesap dari gerai Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penjual mendapati dua biji durian Musang King dicuri di gerainya. - Foto Shin Min Daily News

SINGAPURA – Dua biji durian Musang King dicuri di sebuah gerai di bazar sempena Tahun Baharu Cina dalam kejadian di Chinatown, Singapura, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Penjual buah berusia 35 tahun dan dikenali sebagai Chen berkata, dia menyedari kecurian  itu ketika hendak membuka gerainya.

“Ketika saya hendak membuka gerai, saya ternampak dua ruang kosong di atas rak (jualan).

“Saya sentiasa mengemas gerai saya apabila menutupnya dan saya tahu kiraan stok barangan.

“Saya segera menyedari bahawa durian saya telah dicuri,” katanya kepada akhbar Shin Min Daily News.

Chen berkata, kerugian akibat kecurian itu ialah kira-kira SGD$100 (RM325) tetapi dia tidak membuat laporan polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI