fbpx

Tidak sempat balik kampung, PATI dicekup dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI lelaki yang ditangkap dalam serbuan dibuat Batalion 4 PGA di sebuah hotel di Sungai Besar, semalam.

SABAK BERNAM – Hasrat 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke kampung tidak kesampaian apabila ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Sungai Besar, di sini semalam.

Kesemua mereka termasuk lima wanita berusia 21 hingga 45 tahun ditahan kira-kira pukul 6 pagi.

Turut ditahan lelaki Indonesia berusia 38 tahun yang berperanan sebagai tekong darat di sekitar lokasi berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, Jafri Muhamad berkata, kejayaan tangkapan itu hasil maklumat awam berkaitan pemerdagangan dan penyeludupan migran dengan kesemua PATI berada dalam bilik hotel.

Siasatan mendapati kesemua PATI mahu pulang dan memasuki negara ini tanpa melalui laluan yang diwartakan.

“Mereka (PATI) membayar RM1,500 seorang kepada sindiket. Pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kereta yang dirampas dalam operasi dijalankan oleh Batalion 4 PGA di Sungai Besar, semalam.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas dua buah kenderaan serta beberapa buah telefon bimbit dianggarkan RM83,500 sepanjang operasi itu

Jelas Jafri, kesemua 11 tangkapan termasuk tekong serta rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI