KUCHING – Seorang maut, manakala dua lagi parah dan seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pokok di hadapan Hotel Kingwood di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa adalah perempuan yang menaiki kereta jenis Perodua Ativa.
Pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.23 pagi tadi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi tersebut.
“Dua mangsa yang dikeluarkan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans.
“Dua mangsa tersepit dikeluarkan dengan seorang mengalami kecederaan. Seorang lagi penumpang hadapan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE