fbpx

[VIDEO] ‘Nasi goreng kampung paling wow, kalah nasi goreng Peru, Vietnam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andy Cooks semasa mencuba ketiga-tiga variasi nasi goreng dari Malaysia, Peru dan Vietnam.

PETALING JAYA – Seorang cef terkenal, Andy Cooks menobatkan nasi goreng kampung adalah menu nasi goreng paling sedap berbanding versi dua negara lain.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di media sosialnya, Andy telah memasak tiga variasi nasi goreng iaitu dari Malaysia, Peru dan Vietnam.

Berdasarkan klip video itu, dia menggunakan resepi asal ketiga-tiga nasi goreng terbabit supaya rasanya sama seperti di negara asal.

Bagaimanapun katanya, selepas mencuba ketiga-tiga versi itu ternyata nasi goreng kampung dari Malaysia paling sedap dan menyelerakan.

“Wow, ini (nasi goreng kampung) paling sedap, pedasnya sangat menakjubkan dimakan bersama telur mata berkrim, saya sangat menyukainya.

“Nampaknya, kita ada pemenang baharu, bagi saya ini dalam ketiga-tiga versi nasi goreng ini, nasi goreng kampung adalah pemenangnya.

“Nasi goreng ini sangat sedap, cukup pedas, cukup rasa ditambah pula dengan ikan bilis goreng yang membangkitkan bau dan selera ketika ia berada di dalam mulut. Ini sangat menakjubkan,”katanya.

Untuk makluman, Andy merupakan salah seorang cef terkenal dari New Zealand dan beliau telah mula memasak sejak berumur tiga tahun.

Sehingga kini, beliau pernah menjadi cef di beberapa buah restoran terkenal di Auckland, London, Singapura, Sydney dan Melbourne.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI