fbpx

[VIDEO] Guna ais untuk lembutkan gulai daging?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki menuangkan ais di dalam kawah bagi melembutkan daging yang sedang dimasak.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan ‘rahsia dapur’ yang kerap diamalkan oleh tukang masak kenduri, khususnya di kawasan utara tanah air seperti Kedah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Syamrin Hazmil di TikTok, memaparkan seorang tukang masak menambah ais ke dalam gulai daging.

Meninjau ruangan komen, ramai berkongsi pandangan mengenai kaedah unik ini.

“Letak ais untuk turunkan suhu gulai supaya daging masak lembut secara perlahan tanpa mengeringkan gulai. Kenapa ais, bukan air? Ais lebih cepat turunkan suhu,” jelas Farhan.

“Ini untuk lembutkan daging. Apabila ais di atas, lapisan atas jadi kurang sejuk. Maka wap panas akan ‘tembak’ daging supaya haba bertambah cepat,” ujar AngahDragon.

“Baru tahu ais boleh lembutkan daging. Sebelum ni tahu orang masuk sudu lah, panadol lah, macam-macam,” tulis Puteri Raden Zulaikh. -KOSMO! ONLINE

@telcostore ‘Secret ingredient’ masak di rumah kenduri. 🤔, Gulai ka teh ais? 🤭, Kalo yg rajin masak d rmh kenduri area kedah ni mungkin dh biasa tgk mcm ni. #chef de mission #kendurikahwin #langkawi #gulai #kampung ♬ original sound – Rania Imtiaz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI