fbpx

Terbuka Australia: Jannik Sinner julang Grand Slam ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sinner mendakap trofi Terbuka Australia selepas mendominasi aksi final dengan kemenangan straight set.

MELBOURNE – Pemain No. 1 dunia, Jannik Sinner menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan bertaraf Grand Slam Terbuka Australia selepas menewaskan Alexander Zverev di pentas final sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Rod Laver Arena itu, Sinner membuktikan kenapa dia layak dilabel sebagai bintang tenis terbaik dunia selepas melakar kemenangan straight set 6-3 7-6 6-3 ke atas Zverev yang juga pilihan kedua.

Pemain berusia 24 tahun itu mengakui sangat teruja dapat bergelar juara tetapi dalam masa sama simpati dengan Zverev yang tewas pada aksi final Grand Slam ketiga dalam kariernya.

“Saya pasti ini adalah hari yang sukar buat Zverev tetapi anda adalah pemain yang hebat dan perlu terus percaya dengan kemampuan diri. Pasti anda mampu untuk bergelar juara (Grand Slam) tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Zverev yang berumur 28 tahun mengakui sukar untuk menerima kenyataan tetapi percaya Sinner adalah pemain yang lebih baik pada pentas final kali ini.

Sebagai rekod, ini adalah trofi Grand Slam ketiga buat Sinner selepas mendominasi Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI