fbpx

Status quo jualan arak dikekalkan, yang dilarang jangan beli – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming menjawab pertanyaan pemberita semasa majlis pecah tanah projek Pasar Pasir Pinji dan lawatan ke Pasar Canning di Ipoh hari ini.

IPOH – Status quo atau dasar sedia akan dikekalkan berhubung isu penjualan arak di bawah setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ketetapan sedia itu adalah bagi menjaga keharmonian berbilang kaum, dan menambah mereka yang diharamkan mengambil arak jangan membeli minuman tersebut.

Jelasnya, perniagaan yang turut menjual minuman keras adalah berlesen, bukannya tidak sah di undang-undang selain para penjual juga membayar cukai.

“Negara kita adalah masyarakat berbilang kaum. Yang tak dibenarkan itu jangan belilah. itu sahaja. Kita tak boleh larang orang yang boleh minum, itu hak dia.

“Saya mahu politik yang membina, bukan politik yang membinasa. Bila kita terjurumus dalam pelbagai isu polemik, ia tidak membantu siapa pun, ia merugikan semua pihak. Tapi bagi saya kita akan maintain status quo waktu ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI