fbpx

Pesawah disaran tunda serah memorandum di Putrajaya – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar penyerahan memorandum melibatkan seramai 1,000 pesawah di Putrajaya, ditunda ke tarikh lain berikutan pertindihan lawatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menghormati hasrat pesawah berkenaan untuk mengunjungi Pejabat Perdana Putra (PMO), pukul 10 pagi.

“PDRM menerima maklumat berkaitan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya pada 10 pagi esok di hadapan PMO, namun tarikh dan waktu itu bertindih dengan lawatan rasmi Presiden Prabowo ke Malaysia khusus Putrajaya.

“Sepertimana semua sedia maklum, tarikh dan waktu tersebut bertindih dengan lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia, khususnya Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, PDRM telah bersiap sedia dari sudut keselamatan untuk memastikan lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia bebas daripada sebarang ancaman keselamatan.

“PDRM menghormati hasrat para peserta kunjungan 1000 pesawah tersebut, namun menasihati mereka supaya memilih tarikh dan waktu yang berlainan bagi penyelarasan tugasan dan aturan keselamatan yang lebih sempurna dalam menjamin keselamatan Presiden Republik Indonesia sentiasa berada di tahap tertinggi.

“Nasihat ini adalah untuk mengelakkan segala kesulitan kepada para peserta 1000 pesawah dan pandangan negatif terhadap PDRM sekiranya mereka terpaksa melalui prosedur keselamatan ketat kerana lawatan Presiden Indonesia ini mendapat status Tetamu Negara dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan,” ujarnya lagi.

Menurut Razarudin, aturan keselamatan itu adalah selari dengan tanggungjawab PDRM di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

“PDRM menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI