fbpx

Penduduk Palestin dihalang pulang ke utara Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK duduk dekat sekatan Israel ketika mereka mahu pulang ke rumah di Nuseirat, Gaza semalam. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dihalang daripada pulang ke rumah mereka di utara Semenanjung Gaza ketika Israel menyekat jalan utama dengan menuduh Hamas melanggar syarat perjanjian gencatan senjata, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pertikaian itu berlaku selepas Hamas membebaskan empat askar wanita Israel, manakala Rejim Zionis membebaskan 200 tahanan Palestin.

Namun, Israel berkata, penduduk Gaza tidak akan dibenarkan melakukan perjalanan ke utara sehingga sehingga Hamas membebaskan seorang lagi penduduk awam, Arbel Yehud. 

Hamas bagaimanapun menyatakan bahawa wanita tersebut masih hidup dan akan dibebaskan minggu depan.

Pada petang semalam, ketika orang ramai berkumpul di sepanjang Jalan al-Rashid di tengah Gaza untuk pulang ke rumah, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka.

Menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas dan media Palestin, seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tersebut.

Gencatan senjata yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat bermula pada Ahad minggu lalu selepas lebih 15 bulan Israel menyerang Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI