fbpx

Penduduk kehairanan tingkap diselaputi debu putih selepas ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEBU putih ditemui pada tingkap. - Foto @foxglovelane

DUBLIN – Sebilangan penduduk Carlow, Ireland bingung melihat debu berwarna putih menyelaputi kenderaan dan rumah mereka selepas dilanda Ribut Eowyn, lapor akhbar Daily Mirror.

Selain bangunan runtuh dan menyebabkan malapetaka, ribut itu juga meninggalkan debu putih sehingga menyebabkan penduduk terpinga-pinga melihatnya.

“Ia berada di mana-mana sahaja di sini dan pada sesetengah tempat, ia berwarna kelabu,” kata seorang penduduk.

Seorang pengkaji ramalan cuaca kemudian tampil menjelaskan mengenai debu itu.

Alan O’Reilly dari laman web meterorologi, Carlow Weather mengesahkan bahawa debu putih itu adalah garam.

“Ramai orang bertanya tentang bahan putih pada tingkap selepas ribut melanda. 

“Ia adalah garam. Ia (berasal) jauh dari laut ke Carlow,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI