fbpx

Batal Waktu Bekerja Berlainan bukan keputusan ‘flip flop’ – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika berucap pada Konvensyen Nasional Amanah 2024 di Klang, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Pembatalan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi petugas kesihatan bukan satu keputusan ‘flip-flop’ atau bertukar pendirian oleh kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, objektif projek rintis bagi mengurangkan beban dan tekanan kerja golongan itu masih dalam peringkat percubaan ketika dibatalkan.

Namun, jelas beliau, perkara itu didedahkan terlebih dahulu tanpa mendapat kelulusannya yang mahu memastikan pandangan semua pihak diambil kira sebelum membuat sesuatu ketetapan.

“Itu (pengumuman awal WBB) satu kesilapan. Jadi, bagi menyelesaikannya, saya batalkan dahulu dan akan teruskan dengan mendapat pandangan semua pihak.

“Saya mahu menegaskan bahawa kita tidak akan ‘flip flop’ dan doakan semua dapat memperbaiki sistem itu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Amanah 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Dzulkefly, beliau sejak awal melihat keadaan ‘burnout’ dalam kalangan doktor.

“Ada yang bekerja berlebihan sehingga melebihi 33 jam. Mungkin ramai tidak tahu, tetapi dalam bidang dan disiplin tertentu, mereka bekerja melebihi 33 jam. Selama hampir setahun, mereka berusaha keras untuk merangka dasar baharu bagi menggantikan sistem sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI