fbpx

Norris tak gembira visi McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS menamatkan saingan musim lalu sebagai naib juara, di belakang Verstappen. - AFP

MILAN – Selepas berjaya merangkul kejuaraan pengeluar keseluruhan Formula Satu (F1) musim lalu, Lando Norris dan McLaren kini menetapkan visi yang lebih berani untuk saingan 2025.

Bagaimanapun, pelumba No. 2 dunia itu secara terbuka mengakui pasukannya mencipta cabaran yang tidak perlu, sekali gus menjadikan perjalanan mereka lebih sukar daripada sepatutnya.

“Kami sering menyukarkan hidup kami sendiri. Kini, kami sedar bahawa jika mahu terus berada di puncak, kami perlu menjadikannya lebih mudah untuk diri kami sendiri.

“Fokus kami adalah untuk memastikan kemenangan datang dengan lebih lancar, bukan sesukar musim lalu,” katanya.

Musim 2025 dijangka menjadi medan pertempuran lebih sengit dengan McLaren perlu bersaing dengan tiga kuasa besar iaitu Ferrari, Red Bull dan Mercedes.

Ketiga-tiga pasukan itu tidak berdiam diri selepas masing-masing tampil dengan reka bentuk jentera baharu yang dioptimumkan untuk menguasai litar.

Ferrari yang mempertaruhkan inovasi dalam reka bentuk kereta mereka, bertekad mengubah nasib selepas beberapa musim mengecewakan.

Red Bull pula menamatkan musim lalu dengan momentum cemerlang, manakala Mercedes giat bangkit daripada prestasi hambar untuk kembali sebagai pencabar utama.

“Margin kejayaan kami musim lalu sangat tipis, kelebihan prestasi purata hanyalah 0.04 peratus dan kelebihan mata hanya 2 peratus.

“Dengan 666 mata sepanjang musim, perbezaan sekecil itu bermakna kami tidak boleh alpa. Sekecil mana pun kesilapan, ia boleh membawa padah,” jelas Ketua Pasukan McLaren, Andrea Stella.

Meskipun kempen 2024 dianggap cemerlang, namun Norris masih belum gembira kerana kesilapan penting di beberapa litar menyaksikannya terlepas peluang bersaing dengan juara dunia, Max Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI