fbpx

Lima jambatan terpanjang di dunia, didominasi 1 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Besar Danyang-Kunshan

JAMBATAN merupakan struktur binaan yang sangat penting bagi memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih mudah dan cepat. Pembinaan jambatan telah dilakukan sejak zaman dahulu lagi.
Jadi, seiring kemajuan teknologi, jambatan dibina dengan lebih canggih meskipun di kawasan sukar dan berbahaya. Saban tahun, ada sahaja jambatan dibina di seluruh dunia.
Ini seiring dengan kemajuan dan pembangunan masa kini.
Pada minggu ini, CitaRasa senaraikan lima jambatan terpanjang di dunia dan menakjubkan apabila senarai didominasi hanya sebuah negara iaitu China.

1- Jambatan Besar Danyang-Kunshan

JAMBATAN ini siap dibina pada 2010 dan dibuka kepada orang ramai setahun kemudian. Sejak itu, ia telah memegang rekod jambatan terpanjang di dunia. Jambatan Besar Danyang-Kunshan dibina sepanjang 167.4 kilometer (km).
Ia menghubungkan antara Shanghai dan Nanjing di wilayah Jiangsu dengan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing-Shanghai merentasi delta Sungai Yangtze dari Danyang ke Kunshan. Pembinaannya mengambil masa empat tahun dengan menelan belanja kos antara AS$8.5 bilion (RM38 bilion) hingga AS$10 bilion (RM44.7 bilion).

2- Jambatan Changhua–Kaohsiung

Jambatan ini merupakan yang kedua terpanjang di dunia yang digunakan


oleh rangkaian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan. Jambatan ini dibina sepanjang 157km dari Banguashan di Changhua ke Zuoying di Kaohsiung.
Jambatan Changhua–Kaohsiung siap dibina pada tahun 2007. Uniknya, jambatan ini direka bentuk supaya tahan gempa bumi.
Ia membolehkan kereta api berhenti dengan selamat semasa kejadian seismik.
Reka bentuk ini juga mengehadkan kerosakan pada bahagian jambatan supaya boleh dibaiki dengan cepat selepas gempa bumi.

3- Jambatan Besar Cangde

JAMBATAN ini merupakan sebahagian daripada landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai. Jambatan Besar Cangde dibina sepanjang 106km dan mempunyai 3,092 tiang.


Menariknya, pembinaan jambatan tersebut yang menjadi laluan kepada kereta api telah mengurangkan masa perjalanan merentasi Hong Kong, Macau dan tanah besar China dari tiga jam kepada 30 minit sahaja.

4- Jambatan Besar Beijing

JAMBATAN Besar Beijing telah menjadi laluan kereta api berkelajuan tinggi sepanjang 48.6km yang menghubungkan dua hab perniagaan global iaitu Beijing dan Shanghai, China.


Ia siap dibina pada tahun 2010 dan dibuka secara rasmi untuk kereta api pada 2011.
Perjalanan kereta api berkelajuan tinggi akan bermula dan menamatkan perjalanan di jambatan ini kerana terletak di sebelah selatan Beijing.

5- Laluan 1 (Wuhan Metro)

LALUAN 1 Metro Wuhan bukanlah jambatan dalam erti kata tradisional. Ia sebenarnya jambatan sistem metro berterusan terpanjang di dunia.


Keseluruhan laluan itu sepanjang hampir 38.6km dan mempunyai 32 stesen.
Ia menjadi laluan rel kereta api ringan bertingkat melalui Wuhan yang dibuka pada tahun 1995, sebelum menjalani pengubahsuaian pada 2003.
Laluan 1 adalah sebahagian daripada sistem kereta api lanjutan bagi memudahkan orang ramai melakukan perjalanan ke seluruh Wuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI