BERA – Seorang lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika menyeberang Tasik Bera untuk pulang ke rumahnya semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu mangsa Sabri Juarong,46, menaiki bot berkenaan bersama isteri dan seorang anak perempuannya.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, bomba yang tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.37 malam melakukan operasi pencarian.
“Operasi mencari mangsa dilakukan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang sebelum ditangguhkan pada pukul 9.43 malam dan operasi pencarian disambung semula hari ini.
Menurutnya lokasi mangsa dilaporkan lemas ialah kira-kira tiga kilometer daripada jeti dan laluan ke jeti melalui ladang sawit hanya boleh dilalui oleh trak pikap.- KOSMO! ONLINE