ROMPIN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot dan dihanyutkan arus di kawasan Jeti Sg Puteri di sini semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Syed Khalid Syed Ahmad Munshee,50, bersama seorang lagi rakannya sedang melakukan percubaan terhadap keupayaan bot berkenaan.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 6 petang melakukan operasi pencarian di sekitar lokasi kejadian.
“Pasukan penyelamat menangguhkan operasi pencarian keadaan cuaca telah gelap dan pencarian akan disambung semula pada pukul 8 pagi ini,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE